Saya membuat blog ini karena ...

... sulit sekali menemukan informasi mengenai jenis tanaman dari situs pemerintah yang ada di Indonesia. Blog ini tidak perlu ada andaikan saja pemerintah Indonesia bisa mencontoh apa yang dilakukan pemerintah negara tetangga untuk mencatat dan mempromosikan keanekaragaman hayatinya. Para bapak/ibu pejabat yang sering studi banding ke luar negeri, tolong pelajari bagaimana negara tetangga mempedulikan keanekaragaman hayatinya : Atlas of Living Australia | FloraBase - The Western Australia Flora | Plants and Animlas of Northern Territory | Digital Flora of Papua New Guinea | Philippine Biodiversity | Malaysian Flora and Fauna | Biodiversity Portal of Singapore | Dicari, URL situs serupa untuk Indonesia! Ditemukan: fObi, tapi bukan prakarsa pemerintah.

Senin, 05 Januari 2015

Letup atau Ulat Bulu




Nama Saintifik: Passiflora foetida L. Nama Lain: Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja, Famili: Passifloraceae Lokasi dijumpai: Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan Asal: Amerika selatan dan Barat India Pengenalan Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Foetid Passion Flower, Gatal Pada Kulit, letup letup kelambu, Letup-letup, Melegakan Batuk, Merawat Luka, pokok ulat bulu, Stinking Passion Flower, Wild Maracuja.

Info tentang Khasiat Pokok Letup-letup/Ulat Bulu ini kami masukkan dalam kategori : Tips dan Panduan, Ubat, Ulam

Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora foetida adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh secara liar dan banyak di temui di kawasan ladang kelapa sawit, dan tanah terbiar. Di negara luar pokok ini lebih dikenali dengan nama Stinking Passionflower.  Ini kerana tumbuhan ini dikatakan mengeluarkan bau yang kurang enak apabila diramas. Wakau bagaimanapun, pokok ini mempunyai bunga yang unik dan buahnya juga boleh dimakan apabila sudah masak. Sesetengah orang juga menggunakan pucuk pokok ini untuk dijadikan ulam.
Nama Saintifik:
Passiflora foetida
Nama Lain:
Letup-letup, letup letup kelambu,Foetid Passion Flower,Stinking Passion Flower,Wild Maracuja,
Famili:
Passifloraceae
Lokasi dijumpai:
Kampung Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Asal:
Amerika selatan dan Barat India

Pengenalan

Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida
Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus.  Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.  Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning.  Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu yang memberikan namanya, Buah Ulat Bulu.  Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa.  Rasanya enak.  Bunga pokok ini juga kelihatan cantik.
Di negara kita pokok ini kebiasaannya dianggap rumpai.  Sebenarnya pucuk pokok buah ulat bulu enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain.  Antara khasiatnya aalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.
Pokok ini berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah dan telah digunakan oleh orang tempatan untuk perubatan.   Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang  histeria.  Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.




Khasiat

Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal. juga untuk merawat luka dan batuk.Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Air digunakan gunakan untuk membasuh bahagian yang terlibat.Air rebusan ini juga boleh diminum untuk melegakan batuk.
Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuknya yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain juga enak dimasak sayur air.
Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok leletup diperlukan. Seluruh pokok termasuk akarnya sekali dibersihkan lalu direbus sehingga mendidih. Setelah suam, airnya digunakan sebagai air basuhan. Bagi merawat batuk pula, cara yang sama digunakan cuma air rebusannya diminum setelah suam. Untuk merawat luka, beberapa helai daun dilumatkan lalu dipupuk pada bahagian yang luka.
Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.
A. Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.
Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

Habitat

Pokok ulat bulu ini merupakan sejenis tumbuhan yang begitu mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang terbiar.Kadar pertumbuhannya begitu cepat sehingga ia dapat menguasai sesuatu kawasan dalam tempoh yang singkat.Tumbuhan ini juga adakalanya menjadi tumbuhan tutup bumi di kawasan-kawasan seperti ladang getah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Ia mempunyai batang yang kecil dan keras seperti wayar.Permukaan batangnya di litupi oleh rerambut halus yang pendek dan melekit.Daunnya mempunyai 3 cabang seperti daun anggur. daunnya berbau kuat dan agak busuk jika dihancurkan. Tumbuhan ini menjalar dengan menggunakan sulur paut.Bunganya berwarna putih. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi oren kemerahan apabila masak.Tampuk buah/bunga berbentuk seperti jaring yang melindungi buah/bunga dan berwarna hijau. ia seolah-olah perangkap kepada serangga, namun tiada fakta yang membuktikan ia menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya. Tumbuhan ini masih belum dikelaskan kedalam kategori tumbuhan karnivor ,tetapi banyak kajian yang sedang dijalankan keatasnya.buahnya mengandungi banyak biji benih berwarna hitam.Biji benih ini dilitupi oleh isi buah yang berwarna putih, lembut berair dan manis.Buah ini boleh dimakan.

5 komentar:

  1. malam mas yanto salam kenal. saya mrnyukai artikel imi teringat ms kecil dulu. sy memang menyukai tanaman ktika syberkunjung krmh adk sy menemukan phon ini lgs dy remas dan luar biasa mrmori sy hamyut terbw keindahan ms ank2 alhmdlh sy temukan 1 buah sy sy tergiur utk memakannya. nmun sy than krn sy ingin membudidayakannya dan mudah2n tnman sy hidup trmksh ksh byk mas yanto salam kenal

    BalasHapus
  2. malam mas yanto salam kenal. saya mrnyukai artikel imi teringat ms kecil dulu. sy memang menyukai tanaman ktika syberkunjung krmh adk sy menemukan phon ini lgs dy remas dan luar biasa mrmori sy hamyut terbw keindahan ms ank2 alhmdlh sy temukan 1 buah sy sy tergiur utk memakannya. nmun sy than krn sy ingin membudidayakannya dan mudah2n tnman sy hidup trmksh ksh byk mas yanto salam kenal

    BalasHapus
  3. Halo Bossku ^^
    Segera Daftarkan ID di ibu21,com
    Menyediakan 8 Permainan Hanya Dengan 1 ID
    Serta Tersedia Promo Menarik
    Bonus Turn Over Terbesar
    Bonus Refferal Seumur Hidup
    Minimal Deposit Hanya 25Rb
    BBM : csibuqq
    WA : +855 88 780 6060
    Di Tunggu Kehadirannya Bossku ^^

    BalasHapus
  4. sore mas, saya mau nanya ni . kalau mau dapat info lengkap klasifikasi dan ciri-ciri morfologinya dimana ya? terima kasih.

    BalasHapus

Bila Anda para pembaca ada yang mengenal nama bahasa daerah tanaman yang dimuat dalam blog ini, kami akan sangat berterima kasih bila Anda berkenan menyampaikan kepada kami.